ZANARIAH SALAM

Seorang fotografer yang lebih ke arah genre travel dan berasal dari Johor, Malaysia. Suka ambil gambar, menulis dan jalan-jalan.

Zanariah Salam berasal dari Johor, Malaysia. Mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan Awam (kelas pertama), UTM, Malaysia dan mula terlibat dalam fotografi pada penghujung tahun 2009 dan menjadikannya sebagai tiket untuk melancong dan mengembara disamping sebagai koleksi peribadi. Penyumbang gambar dan video untuk agensi seperti Shutterstock, GettyImages, Eyeem dan beberapa agensi lain. 

Pernah memenangi beberapa pertandingan fotografi dalam dan luar negara sejak 2013, antaranya ialah Photo Creator of the Year 2018 KLPF, Iskandar Malaysia IMKlik 2016 dan 2017, Kulim Retreat Photo Contest 2016, Top 50 Travel Photography Asia (TPA) 2015 dan Social Media Award TPA 2015, Top 200 Garuda Photo Contest 2014, FJM Batu Pahat, 2013.

Selain itu, saya juga pernah dijemput oleh pihak S2S (Street 2 Street) untuk terlibat sama dalam pameran fotografi yang dianjurkan oleh mereka, antaranya adalah Pameran Poskad Dunia “Pameran Fotografi Bersaiz Poskad Terbanyak di Malaysia” di Matic KL pada 26hb September – 31hb Oktober 2016, Pameran Fotografi Wanita Muda (PWTC, 24hb September 2016), Pameran Fotografi dari Lensa Safirah Rashid dan Rakan-rakan di Matic KL pada 15hb Julai – 31hb Julai 2016, “World Travel Photo Exhibition” di Underwater World Langkawi dari 4hb December 2015 – 3hb Jan 2016 dan juga Pameran Fotografi Solo saya di Studio Zaloon Pudu Plaza, KL pada 1hb Mei – 31hb Mei 2015 yang bertemakan “Sense of Place – India”.

Pada 2017, pernah menulis dan menerbitkan 2 buah buku berkaitan fotografi yang bertajuk, RASE dalam Fotografi dan WoWStockFoto. Kedua-dua buku ini tidak ada dijual dimana-mana kedai buku dan dijual secara ekslusif oleh saya sahaja setakat ini. Selain itu, ada juga menulis beberapa artikel berkaitan fotografi smartphone di akhbar New Strait Times (NST).

Juga mempunyai Diploma Kemahiran Malaysia (Fotografi) dan kini aktif memberi bimbingan fotografi kepada mereka yang baru hendak bermula dalam fotografi.

Menjadi tenaga pengajar dalam fotografi (kelas fotografi kamera, smartphone dan juga stockphoto) untuk Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Sembilan (2017), TM Malaysia (2017), Kolej Komuniti Hulu Selangor (2018), ILPKL (2018) dan FotoOhsem Iskandar (Program di bawah Iskandar Malaysia Youth Committee dan IMPOWER, 2019) selain beberapa kelas yang dikendalikan secara persendirian dan berkumpulan untuk orang awam.

Saya boleh dihubungi untuk tujuan fotografi mahupun penulisan di zanariah.salam@gmail.com

Privacy Settings
We use cookies to enhance your experience while using our website. If you are using our Services via a browser you can restrict, block or remove cookies through your web browser settings. We also use content and scripts from third parties that may use tracking technologies. You can selectively provide your consent below to allow such third party embeds. For complete information about the cookies we use, data we collect and how we process them, please check our Privacy Policy
Youtube
Consent to display content from Youtube
Vimeo
Consent to display content from Vimeo
Google Maps
Consent to display content from Google
error: Content is protected !!